PELANJUTAN TEMPOH PENGGUNAAN PERUNTUKAN BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) BAGI TIGA (3) MATA PELAJARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP II

Tindakan       : Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Segamat
Tarikh : 16-02-2017
Unit : KEWANGAN
Oleh : Pn. Nor Laile Binti Komar
Maklumat : Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran ruj. KPM.800-4/1/4 Jld12(1) bertarikh 6 Disember 2016 yang memaklumkan mengenai pelanjutan tempoh penggunaan peruntukan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) bagi tiga (3) mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap II iaitu Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

3. Sehubungan itu, pengurus sekolah dibenarkan untuk membuat pindah peruntukan PCG matapelajaran di antara matapelajaran yang digantikan dengan matapelajaran yang digugurkan bagi menampung kos perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) sepertimana yang dilaksanakan pada tahun 2014 sehingga 2016.

4. Bersama-sama ini dilampirkan surat siaran yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat untuk tindakan. Klik SINI untuk muat turun.

BORANG MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PENGIRAAN POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB) MULAI TAHUN 2017

Tindakan :-

Semua Ketua Unit, Penolong Pegawai Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai SIP+, Pegawai SISC+, Pegawai Fasilinus, Penyelia Kanan, Penyelia, Penolong Akauntan dan Anggota Khidmat Pelaksana Pejabat Pendidikan Daerah Segamat

Pengetua / Guru Besar, Sekolah-Sekolah Daerah Segamat ( Kecuali Sekolah PTJ )

Sekiranya terdapat perubahan PCB 2017 seperti di dalam surat, tuan hendaklah mengemukakan Format seperti Lampiran A dan Lampiran B perlu dikemukakan ke Unit Kewangan pada atau sebelum 23 Januari 2017.

Sila muat turun Surat, Lampiran A & Lampiran B DISINI

 

PENGHANTARAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH TAHUN 2016 BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

Tindakan :-

Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Segamat.

Adalah dimaklumkan, Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2016 Berakhir 31.12.2016 perlu dihantar ke Unit Kewangan, pejabat ini pada atau sebelum 18 Januari 2017.Sehubungan dengan itu, Bersama-sama ini disertakan surat arahan penghantaran penyata kewangan sekolah tahun 2016 berakhir 31.12.2016.

Sekian. Terima Kasih

Sila muat turun surat dan contoh dokumen  DISINI

SURAT PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2016

Tindakan

Semua Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Peg SIP+, Peg SISC+, Fasilinus, Penyelia Kanan, Penyelia, Anggota Khidmat Pelaksana PPD Segamat,

Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Segamat.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat penutupan akaun tahun 2016 untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya

Sila muat turuan surat  DISINI